Monday 10 October 2011

SIFIR 5

Hai, adik-adik........kita sudah belajar bagaimana membina sifir 2, 3 dan 4. Hari ini, kita akan belajar bagaimana membina sifir 5.  Sifir 5 merupakan sifir yang amat mudah kerana hanya nombor 0 dan 5 sahaja yang berada di rumah sa.  Adik-adik sudah mengenali nilai tempat sa dan puluhkan?  Baiklah, mari kita membina sifir 5 dengan menyusun nombor sahaja

Susunkan angka 5 dan 0 secara berselang, seperti dibawah:-

5     0     5     0     5     0     5     0     5     0 

Kemudian letakkan angka 0 - 5 di hadapan susunan angka 0 dan 5 , seperti dibawah:-

05     10     15     20     25     30     35     40     45     5

Usaha tangga kejayaan,yang sukar akan menjadi mudah jika selalu dilakukan. selamat mencuba.
selepas ini kita akan belajar SIFIR 6 pula.

No comments:

Post a Comment