Saturday 15 October 2011

SIFIR 7

Apa khabar, adik-adik?  Adik-adik mesti sudah mahir dengan sifir 2 sehingga 6, betulkan? Cikgu percaya adik-adik sudah boleh membina sifir 2 sehingga sifir 6.  Jika adik-adik masih kurang memahami bagaimana membinanya, adik-adik boleh melihat paparan sebelum ini.  Hari ini, cikgu akan menunjukkan bagaimana membina sifir 7 dengan susunan nombor.

Mula-mula, susunkan nombor 1 sehingga 9 seperti di bawah, nombor -nombor ini berada dalam rumah sa.


7
4
1
8
5
2
9
6
3

Sekarang kita masukan nombor dalam rumah puluh. 

07
14
21
28
35
42
49
56
63 

Thursday 13 October 2011

SIFIR 6

Hai, adik-adik........... Adik -adik semua sudah sarapan pagi atau belum?  Pukul berapa adik-adik bersarapan? Adakah adik-adik melihat jam ketika mahu melakukan sesuatu? Tahukah adik -adik, bahawa jam boleh membantu adik-adik menguasai sifir 6. cuba lihat dan fahami video di bawah:





Bagaimana? Mudah dan boleh difahami kan?  Selamat mencuba.........

Monday 10 October 2011

SIFIR 5

Hai, adik-adik........kita sudah belajar bagaimana membina sifir 2, 3 dan 4. Hari ini, kita akan belajar bagaimana membina sifir 5.  Sifir 5 merupakan sifir yang amat mudah kerana hanya nombor 0 dan 5 sahaja yang berada di rumah sa.  Adik-adik sudah mengenali nilai tempat sa dan puluhkan?  Baiklah, mari kita membina sifir 5 dengan menyusun nombor sahaja

Susunkan angka 5 dan 0 secara berselang, seperti dibawah:-

5     0     5     0     5     0     5     0     5     0 

Kemudian letakkan angka 0 - 5 di hadapan susunan angka 0 dan 5 , seperti dibawah:-

05     10     15     20     25     30     35     40     45     5

Usaha tangga kejayaan,yang sukar akan menjadi mudah jika selalu dilakukan. selamat mencuba.
selepas ini kita akan belajar SIFIR 6 pula.

Sunday 9 October 2011

SIFIR 4

Pat-pat siku lipat,
Mari belajar sifir empat.
Pat -pat siku lipat, 
Mari belajar sampai dapat.


Apa khabar, adik-adik? Hari ini kita akan belajar bagaimana untuk membina sifir empat dengan kaedah menyusun nombor sahaja.... Adik-adik mesti mulakan dengan nombor 4 sebab ia sifir 4....

Mula-mula susunkan nombor genap seperti di bawah:

 4     8     2     6    0   4     8     2     6    0

Kemudian susun nombor 1,2,3 dan 4 seperti dibawah:

04     08     12     16    20   24     28     32    36    40
Mudah kan? Bersambung di SIFIR 5.