Hai, adik-adik..........tidak lama lagi cuti persekolahan akan tiba. Seronokkan?Baik,lah sebelum kita sama-sama bercuti, mari kita membina sifir 9. Mari kita menonton video di bawah :
Mudahkan? Makin besar angka sifir, makin mudah untuk membinanya. Sebagai ulangkaji , cuba adik - adik membina sifir 2 sehingga 9 semasa cuti nanti........... semoga bersua lagi.
Sunday, 13 November 2011
Sunday, 6 November 2011
SIFIR 8
Salam Aidil Adha adik-adik. Sudah lama rasanya kita tidak membina sifir. Baiklah, hari ini cikgu akan menunjukkan bagaimana untuk membina sifir lapan dengan menggunakan kaeadah menyusun nombor sahaja, tidak perlu menghafal. Mudah dan senangkan adik-adik. Mari kita ikuti video di bawah ini:
Adakah adik-adik faham untuk membina sifir lapan?
Semoga bersua di SIFIR 9.
Saturday, 15 October 2011
SIFIR 7
Apa khabar, adik-adik? Adik-adik mesti sudah mahir dengan sifir 2 sehingga 6, betulkan? Cikgu percaya adik-adik sudah boleh membina sifir 2 sehingga sifir 6. Jika adik-adik masih kurang memahami bagaimana membinanya, adik-adik boleh melihat paparan sebelum ini. Hari ini, cikgu akan menunjukkan bagaimana membina sifir 7 dengan susunan nombor.
Mula-mula, susunkan nombor 1 sehingga 9 seperti di bawah, nombor -nombor ini berada dalam rumah sa.
7 | 4 | 1 |
8 | 5 | 2 |
9 | 6 | 3 |
Sekarang kita masukan nombor dalam rumah puluh.
07 | 14 | 21 |
28 | 35 | 42 |
49 | 56 | 63 |
Thursday, 13 October 2011
SIFIR 6
Hai, adik-adik........... Adik -adik semua sudah sarapan pagi atau belum? Pukul berapa adik-adik bersarapan? Adakah adik-adik melihat jam ketika mahu melakukan sesuatu? Tahukah adik -adik, bahawa jam boleh membantu adik-adik menguasai sifir 6. cuba lihat dan fahami video di bawah:
Bagaimana? Mudah dan boleh difahami kan? Selamat mencuba.........
Monday, 10 October 2011
SIFIR 5
Hai, adik-adik........kita sudah belajar bagaimana membina sifir 2, 3 dan 4. Hari ini, kita akan belajar bagaimana membina sifir 5. Sifir 5 merupakan sifir yang amat mudah kerana hanya nombor 0 dan 5 sahaja yang berada di rumah sa. Adik-adik sudah mengenali nilai tempat sa dan puluhkan? Baiklah, mari kita membina sifir 5 dengan menyusun nombor sahaja
Susunkan angka 5 dan 0 secara berselang, seperti dibawah:-
5 0 5 0 5 0 5 0 5 0
05 10 15 20 25 30 35 40 45 50
Usaha tangga kejayaan,yang sukar akan menjadi mudah jika selalu dilakukan. selamat mencuba.
selepas ini kita akan belajar SIFIR 6 pula.
selepas ini kita akan belajar SIFIR 6 pula.
Sunday, 9 October 2011
SIFIR 4
Pat-pat siku lipat,
Mari belajar sifir empat.
Pat -pat siku lipat,
Mari belajar sampai dapat.
Apa khabar, adik-adik? Hari ini kita akan belajar bagaimana untuk membina sifir empat dengan kaedah menyusun nombor sahaja.... Adik-adik mesti mulakan dengan nombor 4 sebab ia sifir 4....
Mula-mula susunkan nombor genap seperti di bawah:
4 8 2 6 0 4 8 2 6 0
Kemudian susun nombor 1,2,3 dan 4 seperti dibawah:
04 08 12 16 20 24 28 32 36 40
Tuesday, 27 September 2011
SIFIR 3
Hai, adik-adik semua...Hari ini kita akan meneruskan ke sifir 3. Sifir 3 mestilah dimulai dengan nombor 3 dan ia juga merupakan gandaan 3. Cuba adik-adik perhatikan bagaimana membentuk sifir 3 dan kemudian adik-adik cuba menjawab beberapa soalan di bawah:
1 x 3 = 3
2 x 3 = 3 + 3 = 6
3 x 3 = 3 + 3 + 3 = 9
4 x 3 = 3 + 3 + 3 + 3 = 12
5 x 3 = 3 + 3 + 3 + 3 + 3 = 15
Baiklah, berapakah jawapan 7 x 3? (A)19 (B) 21 (C) 23
Selamat mencuba....nanti kita bersambung di SIFIR 4
Monday, 26 September 2011
SIFIR 2
Alhamdulillah, adik - adik telah membaca doa belajar. Sifir 2 adalah gandaan nombor 2, dan sifir 2 mestilah bermula dengan nombor 2. Baiklah cuba perhatikan caranya dibawah ini:
1 x 2 = 2
2 x 2 = 2 + 2 = 4
3 x 2 = 2 + 2 + 2 = 6
4 x 2 = 2 + 2 + 2 + 2 = 8
5 x 2 = 2 + 2 + 2 + 2+ 2 =10
Cuba adik -adik teruskan sehingga 9 x 2 =____. Mudahkan ?
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian
Dan semua hasil dalam sifir 2 adalah nombor genap.....Selamat mencuba..........

Sunday, 25 September 2011
Salam Perkenalan
Apa khabar semua? Sebelum saya menunjukkan bagaimana membina sifir 2 sehingga 9 adalah lebih jika pembelajaran ini dimulakan dengan doa. Mudah-mudahan apa yang dipelajari akan mendapat keberkatan.
Amin Ya Rabbal Alamin...
SIFIR 2
SIFIR 2
Subscribe to:
Posts (Atom)